WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+

MEMPERKASA GURU KAFA- Perkahwinan merupakan satu fitrah semulajadi yang di lalui oleh setiap manusia. Ia juga merupakan fasa kehidupan yang sangat dituntut oleh Islam, yang mana melalui perkahwinan yang sempurna akan dapat melahirkan generasi yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Pembentukan rumahtangga dalam Islam adalah merupakan sebahagian daripada elemen penting ke arah pembentukan masyarakat harmoni berlandaskan hukum syarak. Bagi memperkasa kefahaman ilmu berkaitan fiqh munakahat dalam kehidupan, Pusat Latihan Lawas, JAKIM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Masjid Besar Darul Makmur Daerah Lawas menganjurkan forum isu-isu fiqh munakahat yang telah dilaksanakan pada 17 Ogos 2018 bertempat di dewan Masjid Darul Makmur Daerah Lawas.

Forum yang dihadiri oleh seramai 60 orang peserta dari kalangan guru-guru KAFA Daerah Lawas itu telah membahaskan peranan suami dan isteri dalam membentuk keluarga sakinah, mawaddah dan warahmah. Ahli panel undangan pada forum tersebut ialah Y.Bhg Ustaz Muhd Zaki Bin Jaafar,penolong Pengarah JAKIM Unit Miri, Ustazah Siti Mariam Binti Fadli,Penolong Pegawai Hal ehwal Islam JAIS Bahagian Limbang dan Ust Saiful Bin Azlan daripada Bahagian Agama Dan Kaunseling,Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas selaku moderator forum.

3  2  1