WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
24 Ogos 2020, Isnin | Mukah, Sarawak Program Prihatin Komuniti JAKIM Sarawak singgah bersama-sama dengan warga Mukah pada hari ini. Program kali ini diadakan di Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah.
 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh Al-Fadhil Ustaz Norazman bin Abdullah, Pemangku Pegawai Agama Islam Bahagian Mukah. Acara kemuncak program adalah amanat oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak.
 
YBrs. Pengarah JAKIM Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada tuan rumah iaitu PAIB Mukah di atas kerjasama strategik menganjurkan program pada kali ini. Ikatan ukhwah dalam menjalankan program sangat dihargai oleh JAKIM Sarawak dan semoga ikatan ini sentiasa mekar buat seluruh pihak.
 
Ucapan penghargaan khas buat penyumbang utama program iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang telah menyediakan peruntukkan untuk keperluan barang-barang sumbangan.
Semoga sumbangan yang telah disampaikan ini memberi sinar baharu buat penerima-penerima terpilih.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK  Prihatin Komuniti