WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
13 September 2020 (Ahad) | Limbang, Ziarah Kariah JAKIM Sarawak singgah lagi ke destinasi unik di Kampung Ipai, Limbang. Kampung ini terletak di hujung Bahagian Limbang dan sempadan antara Negara Brunei dan Malaysia.
 
Program pengisian ziarah kariah telah menampilkan penceramah jemputan khas iaitu Al-Fadhil Ustaz Abdul Rahim bin Othman, Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Insan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS). Kehadiran jemaah kariah di Masjid Nur Al-Tayyibah, Kampung Ipai sehingga melimpah ruangan masjid memeriahkan program tersebut.
 
Kehadiran tetamu jemputan khas YBrs. Pengarah JAKIM Sarawak turut bersama dalam program tersebut. Beliau telah menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada penerima-penerima sempena program tersebut.
 
Pihak JAKIM Sarawak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pejabat Agama Islam Bahagian Limbang, JKK Kampung Ipai, Jawatankuasa Pengurusan Masjid serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di atas kerjasama mengadakan program pada kali ini.
 
JOM LAYARAI FACEBOOK JAKIM SARAWAK Ziarah Kariah