18 Januari 2025 (Sabtu) | JAKIM Sarawak dengan kerjasama strategik Persatuan Kebajikan Islam (PERKIP) Cawangan Pusat Jantung Sarawak telah mengadakan Program Berkhatan Perdana Tahun 2025 bertempat di Jabatan Urologi, Pusat Jantung Sarawak18 Januari 2025 (Sabtu) | JAKIM Sarawak dengan kerjasama strategik Persatuan Kebajikan Islam (PERKIP) Cawangan Pusat Jantung Sarawak telah mengadakan Program Berkhatan Perdana Tahun 2025 bertempat di Jabatan Urologi, Pusat Jantung Sarawak
Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Dr Mohd Asri Bin Riffin selaku Pengarah Pusat Jantung Sarawak dan seterusnya perasmian program Khatan Perdana disempurnakan oleh Ustaz Mohd Fadilah Bin Junaidi, Penolong Pengarah JAKIM Sarawak.
Atur cara diteruskan lagi dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dan sesi bergambar bersama para peserta seramai 120 orang yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun.