WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
WhatsApp Image 2025 01 18 at 21.47.42 4c453927
Islam adalah agama syumul (sempurna) yang meliputi seluruh cara kehidupan bukan sahaja urusan duniawi tetapi turut merangkumi alam akhirat. Dalam menempuh kehidupan dunia dan akhirat, adalah menjadi kewajipan kepada sebahagian umat Islam untuk mempelajari ilmu fardu kifayah disamping mendalami ilmu fardhu ain.Islam adalah agama syumul (sempurna) yang meliputi seluruh cara kehidupan bukan sahaja urusan duniawi tetapi turut merangkumi alam akhirat. Dalam menempuh kehidupan dunia dan akhirat, adalah menjadi kewajipan kepada sebahagian umat Islam untuk mempelajari ilmu fardu kifayah disamping mendalami ilmu fardhu ain.

Pada kesempatan kali ini, JAKIM Sarawak selaku agensi Islam Persekutuan di Sarawak telah mengadakan Kursus Asas Fardu Kifayah (Pengurusan Jenazah) dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Iman, Taman Samarindah 2 Kota Samarahan. Penyertaan yang sangat menggalakkan dalam kalangan penduduk tempatan untuk hadir kursus pada kali ini. Kursus Pengurusan Jenazah ini telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Mohamad Ismail bin Najir Mohamad, Pegawai Agama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Cawangan Sarawak. Pelbagai ilmu dan panduan telah dikongsi oleh al-Fadhil Ust. Ismail bersama para peserta. 

Seterusnya, program diteruskan lagi pada sebelah malam dengan Ceramah Perdana dengan kupasan tajuk “Israk dan Mikraj: Suatu Perjalanan yang Agung” yang turut disampaikan oleh al-Fadhil Ust. Mohamad Ismail bin Najir Mohamad. Pelbagai kisah dan pengajaran yang baik boleh kita sebagai umat Islam teladani daripada peristiwa Israk dan Mikraj. Seusai ceramah perdana, majlis penangguhan program telah disempurnakan oleh YBrs. al-Fadhil Ustaz Hamdan bin Jar’ee, Pengarah JAKIM Sarawak. 

Khatimah, semoga penganjuran program seperti ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan menjadikan kita semua umat yang bertaqwa di sisi Allah SWT.
WhatsApp Image 2025 01 18 at 21.50.06 c819bdb6WhatsApp Image 2025 01 18 at 21.50.05 1dc09899WhatsApp Image 2025 01 18 at 21.50.05 d1ca94ca