WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN PENYELARASAN
 
 
Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan JAKIM Sarawak bertanggungjawab untuk merancang program dan gerak kerja pemantauan serta penguatkuasaan hal ehwal Islam bersama pihak berkuasa negeri bagi membendung aktiviti-aktiviti yang bersalahan dengan akidah ahli sunnah wal jamaah dalam kalangan masyarakat muslim khususnya di negeri Sarawak.
 
Bahagian ini juga diwujudkan bagi membantu Jabatan mengumpul dan menganalisis isu-isu semasa serta informasi hal ehwal Islam bagi memastikan laporan yang dikumpul & diterima adalah tepat sebelum dipanjangkan kepada Pengurusan Tertinggi JAKIM serta agensi berkaitan. Selain itu, Bahagian ini bertanggungjawab menyediakan laporan-laporan yang diperlukan Jabatan serta kajian berkaitan hal ehwal Islam dalam pelbagai bidang agar visi Jabatan untuk memperkasakan hal ehwal Islam dapat dicapai.
 
Bahagian ini juga berperanan memantau dan mengemaskini info maya serta menjalankan tugas-tugas penyelarasan Jabatan termasuk melaksanakan tugas-tugas Pegawai Komunikasi Korporat dan Keurusetiaan Jabatan bagi memastikan hal ehwal korporat, pengurusan program bersama rakan strategik dan perhubungan media dapat diuruskan dengan baik, seterusnya pembangunan ummah dapat dilaksanakan secara holistik.