VISI

Berperanan sebagai sebuah agensi persekutuan yang membantu agensi agama Islam negeri dalam memperkasakan hal ehwal Islam

MISI

Membangun ummah yang progresif dan berakhlak mulia melalui aktiviti dakwah, penyelidikan dan penyelarasan secara holistik

OBJEKTIF

  • Melahirkan ummah yang berkualiti dari sudut penghayatan nilai-nilai Islam melalui aktiviti dakwah dan penyelidikan.
  • Menjalankan penyelidikan dan menyediakan maklumat hal ehwal Islam dalam pelbagai bidang.
  • Menyelaraskan aktiviti dakwah bersama Agensi Agama Islam Negeri, Persekutuan dan NGO’s.

FUNGSI

Membantu Majlis Islam Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak dalam memastikan ajaran Islam tersebar luas berasaskan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah

FUNGSI KHUSUS

  • Bekerjasama meningkatkan pembangunan ummah melalui aktiviti dakwah bersama agensi Islam, kerajaan, badan berkanun dan NGO’s.
  • Menjalankan penyelidikan pembangunan ummah dan perkongsian informasi hal ehwal Islam.
  • Mengukuhkan jalinan hubungan (networking) di kalangan agensi persekutuan, negeri, NGO’s dan masyarakat setempat.
  • Bertanggungjawab bagi merancang, melaksanakan dan memantau pengurusan pentadbiran, pembangunan dan kewangan.

PIAGAM PELANGGAN JAKIM SARAWAK

  1. Membantu serta mempertingkatkan kerjasama dalam aktiviti dakwah dengan pihak berkuasa agama negeri dan NGO’s.
  1. Melaksanakan sekurang-kurangnya 60 program dakwah melalui aktiviti Penggerak Masyarakat Saudara Kita setahun.
  1. Melaksanakan penyelidikan hal ehwal Islam dan penyediaan laporan mengikut perancangan.
  1. Memastikan pentadbiran dan pengurusan JAKIM Sarawak dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.