30 Oktober 2020 (Jumaat) | Kuching, JAKIM Sarawak merupakan salah sebuah Pasukan Musa'adah Covid-19 di Negeri Sarawak telah dinobatkan dengan Anugerah Khas Agensi/Jabatan Islam COVID-19 sempena Majlis Penghargaan Khas Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1442H/2020M oleh Majlis Islam Sarawak.
 
Pengiktirafan tersebut merupakan suatu yang amat membanggakan JAKIM Sarawak selaku Agensi Persekutuan yang membantu menyampaikan sumbangan sepanjang berlakunya pandemik Covid-19. Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) dan Menteri Muda Utiliti (Air). Turut hadir bersama dalam majlis tersebut YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dan seluruh Ketua-Ketua Agensi Islam di Sarawak.
 
YBrs. Al-Fadhil Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak mewakili Jabatan hadir di majlis tersebut dan JAKIM Sarawak telah menerima sebuah cenderamata khas dan wang tunai berjumlah RM 5,000.00 di atas pengiktirafan tersebut.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK JAKIM SARAWAK
122920657 3398019656982573 7803915894274844564 o122870481 3398019756982563 5313455043594914321 o