25 Januari 2025 bersamaan 25 Rejab 1446H | Masjid Beladin Al-Amin, Kampung Beladin
Dalam melaksanakan sesuatu Ibadah, ilmu atau pengetahuan amat dititikberatkan bagi memastikan Ibadah yang kita laksanakan itu sah menurut syariat dan hukum syarak. JAKIM Sarawak telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Sembelihan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Beladin Al-Amin, Kampung Beladin
Para peserta yang hadir didedahkan dengan Ilmu berkaitan teori sembelihan halal dan turut didedahkan secara praktikal sembelihan selepas selesai teori berkaitan sembelihan.
Akhir kata, semoga penganjuran program kali ini dapat memberi manfaat buat para peserta dalam memahami kaedah yang betul dan sah menurut Syarak.