Jumaat, 24 Rejab 1446H bersamaan 24 Januari 2025M. Bersempena dengan Israk Mikraj 1446 Hijri, JAKIM Sarawak mengadakan Program Kongsi Ilmu Ceramah Israk Mikraj bersama Kariah dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Al-Jariah, Kampung Hilir Maludam
Program Ceramah Israk Mikraj telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohamad Ismail bin Najir Mohd, Pegawai Agama di MARITIM. Program pada malam ini telah berlangsung dengan jayanya dan turut diserikan juga dengan kehadiran YBhg. Ayahanda Tuan Haji Anuar bin Dolah,Ketua Kaum Kampung Hilir Maludam dan YBhg. Tuan Haji Sulai bin Razali,Pengerusi Surau Al-Jariah, Kpg Hilir Maludam.
Semoga dengan penganjuran program ceramah sebegini dapat menjadi wasilah untuk ahli kariah terus mengimarahkan rumah Allah dan mudah-mudahan perkongsian ilmu melalui ceramah yang disampaikan mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada semua jemaah yang hadir. Insya-Allah.