WhatsApp Image 2025 01 31 at 11.43.40 a962ed51
Majlis Penyerahan Sumbangan Umat Islam Sarawak Untuk Mangsa Banjir di Semenanjung yang berlaku baru-baru ini telah diadakan pada 31 Januari 2025 (Jumaat) bertempat di Persada Majma’, Aras 17, Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kuching.

Majlis Islam Sarawak telah mengambil inisiatif melaksanakan kutipan sumbangan mangsa banjir melalui kutipan Sadaq Jumaat pada 6 Disember 2024 (Jumaat) di semua masjid dan surau seluruh Sarawak. Jumlah terkumpul hasil kutipan Sadaq Jumaat adalah RM178,265.95. Majlis Islam Sarawak juga turut menyumbang RM21,734.05 dengan menjadikan keseluruhan kutipan sumbangan mangsa banjir berjumlah RM200,000.00.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) kepada YBrs. Ustaz Hamdan bin Jar’ee, Pengarah JAKIM Sarawak bagi pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Turut hadir bersama YBhg. Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Sahibus Siyadah
WhatsApp Image 2025 01 31 at 11.43.58 2bbe6d49WhatsApp Image 2025 01 31 at 11.43.59 0dbea55cWhatsApp Image 2025 01 31 at 11.43.59 5c798b84