10 September 2020 (Khamis) | Miri, Ziarah Kariah JAKIM Sarawak singgah lagi ke destinasi berikutnya di Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya Miri.
Masjid diimarahkan oleh ahli kariah yang menanti-nantikan penceramah jemputan khas iaitu Yang Arif Tuan Najaruddin bin Haji Nadri, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuching. Perkongsian ilmu faraid oleh penceramah amat bermanfaat dan memberi input baharu buat seluruh pendengar yang hadir. Sesi soal jawab amat menggamit suasana ceramah dengan persoalan sihat dikemukakan oleh para jemaah yang hadir.
Program Ziarah Kariah JAKIM Sarawak pada kali ini amat bertuah dengan kehadiran YBrs. Pengarah JAKIM Sarawak. Beliau turut menyampaikan cenderamata kenangan buat Jawatankuasa Pengurusan Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya Miri.
Pihak JAKIM Sarawak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pejabat Agama Islam Bahagian Miri dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid di atas kerjasama mengadakan program pada kali ini.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK Ziarah Kariah