17.9.2020, Bintulu - JAKIM Sarawak Prihatin Komuniti 2020 kerjasama antara JAKIM Sarawak, Permodalan Nasional Berhad, Jabatan Agama Islam Sarawak, HIKMAH dan Urus setia Saudara Kita diteruskan lagi dengan menyantuni golongan asnaf di Masjid ar-Rahman Kg. Sebauh, Bintulu.
 
YBrs. Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak berbesar hati menyampaikan barangan sumbangan keperluan asas kepada 37 orang penerima yang memerlukan. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, kemudian ucapan aluan daripada al-Fadhil ustaz Mohamad Jol Pegawai Hal Ehwal Islam Bintulu dan diteruskan dengan amanat daripada Pengarah JAKIM Sarawak sebelum penyerahan barangan sumbangan.
 
JAKIM Sarawak merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada rakan strategik Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu, JKK Kampung Sebauh, HIKMAH, USK Bintulu dan seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program kali ini.
 
Semoga program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan hidup mereka yang sangat memerlukan.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK Program Prihatin