25 SEPT 2020| JAKIM Sarawak meneruskan agenda jabatan dengan mengadakan Program Ziarah Kariah di Kampung Mang Baru Kota Samarahan. Lokasi surau pilihan kali ini adalah Surau Addeen Nan Indah Kg Mang Baru.
 
Pejabat Pengarah telah diwakili oleh para pegawai dan kakitangan Bahagian Khidmat Pengurusan yang diketuai oleh Puan Kamilawati binti Kamil. Program Ziarah Kariah kali ini diserikan lagi dengan penceramah jemputan dari Unit Takmir Negeri iaitu Ustaz Mohd Shahtella bin Montel. Kupasan yang menarik dari YBhg. al-Fadhil Ustaz Mohd Shahtella berkenaan hak-hak saudara muslim atas muslim yang lain. YBhg. al-Fadhil Ustaz juga menekankan peri pentingnya dalam menjaga dan memperbaiki setiap niat kerana setiap sesuatu itu dilaksana dan dikira melalui niatnya.
 
Pihak jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBrs. Cikgu Samudin selaku Pengerusi Surau Addeen Nan Indah dan seluruh Ahli Jawatankuasa Surau yang sudi menerima kunjungan JAKIM Sarawak untuk melaksanakan Program Ziarah Kariah dengan jayanya.Didoakan semoga program ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK Ziarah Kariah
 
121688644 3367722543345618 2569019049909987011 n121693154 3367664846684721 3724299176456605417 n