BAHAGIAN PEMBANGUNAN INSAN
 
 
Bahagian ini bertanggungjawab membuat penyelarasan dan pelaksanaan dakwah yang dilaksanakan secara bersepadu dengan pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) / Majlis Islam Sarawak (MIS) dan agensi-agensi kerajaan yang lain di peringkat persekutuan mahupun negeri.
Peranan

Bahagian ini merancang dan mengurus pelaksanaan program dakwah Jakim Cawangan Sarawak. Objektif utama unit ini ialah memastikan ajaran dan penghayatan Islam tersebar kepada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh Sarawak melalui kursus, seminar, bengkel dan ceramah yang dijalankan. Bahagian ini juga menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi dalam usaha meningkatkan syiar Islam di negeri Sarawak khususnya.

Bahagian Dakwah juga bertanggungjawab menyebarkan dakwah Islamiah melalui program kursus, seminar, wacana minda dan bengkel yang dijalankan di kalangan masyarakat kampung. Mesej dakwah disampaikan melalui ceramah mengenai keindahan Islam serta mengatur kelas-kelas pengajian di jabatan-jabatan kerajaan dan pusat-pusat pemulihan serta pusat tahanan.

Antara peranan lain unit ini adalah meliputi aspek-aspek meneylaras aduan dan pertanyaan berkaitan hal ehwal islam di Jakim Cawangan Sarawak
 
Program
  1. Ziarah Mahhabah
  2. Seminar Wacana Minda
  3. Forum Hal Ehwal Islam
  4. Kelas Bimbingan Saudara Baru
  5. Seminar Wanita
  6. Seminar Hari Kebesaran Islam