BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN 
 
 
Bahagian Pengurusan JAKIM Sarawak bertanggungjawab dalam membantu jabatan berkaitan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan dan pembangunan JAKIM Sarawak.

Semua perancangan dan pelaksanaan aktiviti tahunan akan diselaraskan perbelanjaan kewangannya oleh unit ini bagi memastikan perbelanjaan yang dilakukan oleh setiap bahagian, unit dan pusat latihan adalah mencukupi dan menurut arahan serta prosedur kewangan dari masa ke semasa.
 
Fungsi
  1. Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan JAKIM Sarawak
  2. Melakukan pemantauan terhadap semua projek-projek pembangunan JAKIM Sarawak
  3. Menyelia pentadbiran dan kewangan pusat-pusat latihan JAKIM Sarawak
  4. Memberi khidmat nasihat, pandangan dan teguran dari segi pembelajaan kewangan dan pengurusan pentadbiran dari masa ke semasa semua unit dan pusta latihan JAKIM Sarawak

Perhubungan Korporat
  1. Sesi kunjungan hormat JAKIM Sarawak ke agensi luar
  2. Sesi kunjungan hormat agensi luar ke JAKIM Sarawak
  3. Sesi taklimat agensi kerajaan, swasta dan NGO di JAKIM Sarawak
  4. Melaksanakan bengkel Perhubungan Awam Berkualiti
 
Keurus Setiaan
  1. Membantu melancarkan hal ehwal protokol dalam semua penganjuran program utama jabatan ini.
  2. Menetapkan standard dan format dokumen persuratan jabatan berpandukan INTAN, JPM dan JPA
  3. Penyelarasan pameran JAKIM di seluruh Sarawak
  4. Menguruskan sidang media jabatan