HAMDAN JAREE

Selamat Datang ke Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaanNya jua saya dapat mencoretkan sepatah dua kata di ruangan ini.

Objektif JAKIM dalam melahirkan ummah yang berkualiti dari sudut penghayatan nilai-nilai Islam dilaksanakan melalui aktiviti dakwah dan penyelidikan. Kerjasama rakan-rakan strategik JAKIM Sarawak seperti Agensi-Agensi Islam Negeri Sarawak, Badan-Badan Bukan Kerajaan Islam dan lain-lain lagi dapat membantu melestarikan objektif tersebut

Kecanggihan teknologi maklumat masa kini telah banyak mencorak pemikiran ummah. Justeru, saya berharap portal JAKIM Sarawak akan sentiasa menjadi wadah kepada semua pihak untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan peranan JAKIM Sarawak dalam membantu agensi-agensi islam di Negeri Sarawak.

Akhir kata, sama-samalah kita berdoa semoga pelan tindakan dan sasaran kerja strategik Jabatan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insya-Allah.

HAMDAN BIN JAR’EE

Pengarah JAKIM Sarawak