WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+

8 Oktober 2018 - Hari ini dalam sejarah apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) YB Puan Hajjah Fuziah binti Salleh mengadakan Lawatan Kerja ke Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan Pusat Latihan Sarawak (PLS) pada hari ini.

Lawatan ini bermula dengan taklimat IKMAS dan PLS oleh YBhg Dr Baharudin bin Othman, Pengetua IKMAS. Kemudian ucapan oleh YB Puan Hajjah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama). Selepas taklimat, acara seterusnya iaitu lawatan tapak ke PLS dan berakhir di IKMAS.

Lawatan kerja ini juga turut dihadiri oleh Encik Shahrul Kamal bin Osman, Setiausaha Bahagian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Tuan Haji Husairy bin Sapiei, Pengarah Bahagian Kewangan JAKIM, Encik Amirudin bin Abd Razak, Penolong Jurutera Kanan, Bahagian Pembangunan JAKIM dan Puan Faridah binti Mohamad Othman, Penolong Setiausaha Persekutuan Sarawak.

lawatan 2  lobi pls 

lobi ikmas pembentangan

perbincangan lawatan 1