WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
31 Julai 2020 (Jumaat) Balai Ringin Serian, Sarawak

JAKIM Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jamek Kampung Melayu Balai Ringin, Serian telah mengadakan Program Prihatin Komuniti JAKIM Sarawak 2020. Seramai 50 orang penerima terpilih untuk menerima sumbangan keperluan asas.

Program pada kali ini sangat menarik kerana diadakan pada sambutan Hari Raya Aidiladha 1441H/2020M. Ibrah pengorbanan diambil oleh JAKIM Sarawak dengan membantu golongan asnaf sedikit sebanyak dapat memberi sinar harapan buat seluruh penerima.
.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh pihak tuan rumah iaitu Tuan Haji Nazir dengan merakamkan terima kasih tidak terhingga di atas sumbangan yang telah diberikan oleh JAKIM Sarawak. Seterusnya majlis disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Izwan bin Sharif, Ketua Bahagian Pembangunan Insan JAKIM Sarawak dengan menyampaikan amanat dan sesi penyampaian sumbangan kepada penerima-penerima terpilih.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program pada kali ini.
 
program prihatin balai ringin 2
 
program prihatin balai ringin 3
 
program prihatin balai ringin