WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
26 Ogos 2020, Rabu | Seminar Halal yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu dengan kerjasama JAKIM Sarawak amat menggalakkan penyertaan peserta seminar.
 
Seminar pada kali ini menampilkan penceramah jemputan khas daripada Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu.
Kesedaran masyarakat awam berkaitan dengan aspek halalan toyyiba dan kaedah-kaedah untuk memperolehi Pensijilan Halal.
 
Sehubungan itu, seminar ini diadakan bagi memberi kefahaman yang jelas kepada para peserta betapa pensijilan halal Malaysia sangat bermanfaat serta dijadikan rujukan di seantero dunia.
 
Majlis penangguhan Seminar Halal 2020 telah disempurnakan oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak. Turut bersama hadir mewakili Ketua Polis Daerah Sibu adalah Yang DiHormati ASP Tuan Abang Asfia bin Abang Ariffin.
 
Pihak menganjur merakamkan ucapan terima kasih buat seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan program ini.
 
Semoga Allah SWT jua membalas jasa baik semua pihak yang menjayakannya.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK  Seminar Halal Tahun 2020