WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
25 Ogos 2020, Selasa | Program Prihatin JAKIM Sarawak 2020 singgah di Daerah Daro, Mukah.Kerjasama strategik antara JAKIM Sarawak dengan Pejabat Agama Islam Daerah Daro serta Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah telah menatijahkan penyampaian sumbangan kepada para penerima terpilih.
 
Ucapan aluan oleh Al-Fadhil Ustaz Norazman bin Abdullah, Pemangku Pegawai Agama Islam Bahagian Mukah memberitahu bahawa sumbangan yang disediakan untuk program ini amat bermakna buat seluruh penerima.Beliau memaklumkan dalam ucapan bahawa ikatan pertalian ukhwah Islamiyyah hendaklah sentiasa dipasak dengan jitu agar pelbagai program dapat dilaksanakan di masa-masa akan datang.
 
Majlis disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Izwan bin Sharif, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Insan JAKIM Sarawak mewakili YBrs. Pengarah JAKIM Sarawak dengan menyampaikan amanat seterusnya menyampaikan sumbangan kepada para penerima.
 
Pihak menganjur merakamkan ucapan terima kasih buat seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan program ini.
 
Semoga Allah SWT jua membalas jasa baik semua pihak yang menjayakannya.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK  JAKIM Sarawak Datang Lagi Ke Daerah Daro