WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
25 Ogos 2020, Selasa | Sarikei, Sarawak : Seminar Halal yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sarikei dengan kerjasama JAKIM Sarawak serta Jabatan Agama Islam Sarawak amat memberangsangkan kehadiran peserta.
 
Seminar pada kali ini menampilkan penceramah jemputan khas daripada Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei. Kesedaran masyarakat awam berkaitan dengan pemilihan keperluan halalan toyyiba amat dititikberatkan.
 
Sehubungan itu, seminar ini diadakan bagi memberi kefahaman yang jelas kepada para peserta betapa tinggi nilai pensijilan halal Malaysia dan memberi bermanfaat serta dijadikan rujukan di seantero dunia.
 
Pihak menganjur merakamkan ucapan terima kasih buat seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan program ini.
 
Semoga Allah SWT jua membalas jasa baik semua pihak yang menjayakannya.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK  Halal Lagi Baik