23 Ogos 2020, Ahad | Sarikei, Sarawak - Program Prihatin Komuniti JAKIM Sarawak Tahun 2020 peringkat Bahagian Sarikei diteruskan lagi untuk hari kedua.
Lokasi terpilih untuk kali ini adalah di Kampung Selemas, Bintangor, Sarikei. Perjalanan dari Bandar Sarikei selama satu jam diambil untuk tiba di lokasi program iaitu di Surau Darul Taqwa, Kampung Selemas.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Ayahanda Rizal Abdullah, Ketua Kampung Selemas. Program Prihatin Komuniti JAKIM Sarawak 2020 peringkat Bahagian Sarikei disempurnakan oleh Pegawai Agama Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Sarikei dengan ucapan dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada para penerima. Para penerima sumbangan sangat terharu dengan kehadiran rombongan Prihatin Komuniti pada kali ini dan mengharapkan agar program diadakan lagi pada masa akan datang.
Pihak penganjur merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih buat Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bahagian Sarikei, Urus Setia Saudara Kita Bahagian Sarikei, Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Taqwa Kampung Selemas dan seluruh pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program pada kali ini.
Ucapan penghargaan khas buat penyumbang utama program iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang telah menyediakan peruntukkan untuk keperluan barang-barang sumbangan.
Semoga program yang telah diadakan ini mengikat dan memperaratkan ikatan ukhwah seluruh pihak dan didoakan Allah sentiasa mempermudahkan urusan membantu ummah di Sarawak.
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK Program Prihatin