WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+

23 Ogos 2020, Ahad : Sarikei, Sarawak - Seusai Program Prihatin Komuniti JAKIM Sarawak Tahun 2020 Peringkat Bahagian Sarikei di Kampung Selemas, Bintangor, Sarikei rombongan Prihatin Komuniti meneruskan sesi bersua bersama penerima terpilih di Kampung Bidadari dan Kampung Bintangor.

 
Turun beramah mesra sendiri di rumah-rumah penerima sumbangan adalah suatu pengalaman baharu buat semua ahli rombongan Prihatin Komuniti.
Pihak penganjur sekali lagi merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih buat Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bahagian Sarikei, Urus Setia Saudara Kita Bahagian Sarikei dan seluruh pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program pada kali ini.
 
Ucapan penghargaan khas buat penyumbang utama program iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang telah menyediakan peruntukkan untuk keperluan barang-barang sumbangan.
Semoga sumbangan yang telah disampaikan ini memberi sinar baharu buat penerima-penerima terpilih.
 
JOM LAYARI FACEBOOK  Program Prihatin