WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
22 Ogos 2020, Sabtu | Sarikei, Sarawak - JAKIM Sarawak dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei serta Urus Setia Saudara Kita telah mengadakan Program Prihatin Komuniti 2020 di Masjid Darul Hidayah, Julau.
 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Izwan bin Sharif, Ketua Bahagian Pembangunan Insan JAKIM Sarawak seterusnya ucapan aluan disampaikan oleh Ayahanda Ketua Kampung. Amanat daripada Al-Fadhil Ustaz Syed Harold bin Wan Mohamad, Pegawai Agama Islam Bahagian Sarikei telah memaklumkan bahawa kehadiran rombangan daripada JAKIM Sarawak ke Julau, Sarikei bersama dengan warga Julau telah mengikat ukhwah silaturrahim serta dapat berkongsi sesuatu yang baharu.
 
Majlis disempurnakan dengan penyampaian sumbangan kepada para penerima-penerima yang terpilih. Penghargaan terima kasih kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang telah menyumbang peruntukkan untuk menyediakan sumbangan bagi program pada kali ini.
Sekalung penghargaan terima kasih buat seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan program ini.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK Program Prihatin