WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
10 September 2020 (Khamis) | Miri, Unit Hal Ehwal Islam Hospital Miri dan Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP) Cawangan Miri dengan kerjasama JAKIM Sarawak telah mengadakan Seminar Faraid Tahun 2020.
 
Objektif seminar dijayakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada warga Kesihatan dan Perubatan Bahagian Miri berkaitan ilmu faraid yang merupakan ilmu pembahagian harta pusaka orang yang telah meninggal dunia kepada waris-waris menurut syariat Islam. Seminar pada kali ini menampilkan Yang Arif Tuan Najarudin bin Haji Nadri, Hakim Mahkamah Syariah Kuching selaku penceramah.
 
Ucapan aluan disampaikan oleh Sister Puan Norida binti Daud selaku Pengerusi Persatuan Kebajikan Islam Perubatan (PERKIP) Cawangan Miri. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih buat penganjur bersama JAKIM Sarawak kerana sudi berkolaberasi mengadakan seminar yang buat julung-julung kalinya diadakan bersama warga kesihatan Bahagian Miri.
 
Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak. YBrs. Pengarah memberitahu bahawa ilmu faraid adalah ilmu yang sangat unik serta menarik minat untuk dipelajari. Kerjasama antara agensi dalam menganjurkan program ini merupakan suatu pembaharuan buat pihak penganjur bagi memastikan ilmu dapat disampaikan secara terus kepada orang awam.
 
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan program ini. Semoga Allah SWT jua membalas jasa baik semua pihak yang menjayakannya.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK Seminar Faraid