9 September 2020 (Rabu) | Miri, Ziarah Kariah JAKIM Sarawak singgah ke destinasi seterusnya di Bahagian Miri. Masjid Jamek Miri menjadi tempat pilihan pada kali ini.
Penceramah jemputan khas adalah Yang Arif Tuan Najaruddin bin Haji Nadri, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kuching telah menyampaikan ceramah yang bertajuk "Keistimewaan Ilmu Faraid". Kupasan ilmu faraid sangat memberi manfaat kepada para jemaah yang hadir pada program kali ini.
Pihak JAKIM Sarawak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Pejabat Agama Islam Bahagian Miri dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jamek Miri di atas kerjasama mengadakan program pada kali ini.
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK Ziarah Kariah