Hari ini 14 Januari 2025 (Selasa), buat julung-julung kali YBrs. Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Congress Of Unions Of Employees In The Public And Civil Services (CUEPACS).Hari ini 14 Januari 2025 (Selasa), buat julung-julung kali YBrs. Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Congress Of Unions Of Employees In The Public And Civil Services (CUEPACS).
Delegasi CUEPACS diketuai oleh YBhg. Dr. Haji Adnan bin Mat, President CUEPACS. Kunjungan hormat yang diadakan ini juga merupakan sebahagian lawatan kerja rasmi Presiden CUEPACS. Atur cara dimulakan dengan sesi taklimat korporat oleh Pengarah JAKIM Sarawak, ucapan Presiden CUEPACS seterusnya sesi soal jawab khususnya dalam perkhidmatan awam.
Semoga dengan kunjungan hormat yang telah diadakan ini dapat meningkatkan jaringan strategik di samping memberi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada ummah. Insya-Allah.