WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+

Kuala Lawas – Forum isu-isu fiqh semasa yang telah diadakan pada 19 Ogos 2018 anjuran Pusat Latihan Lawas,JAKIM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Masjid Panggiran Datuk Hj. Mattusin Kuala Lawas menjadi platform untuk penyebaran ilmu dan perkongsian maklumat serta pengalaman berkaitan dengan isu-isu fiqh kotemporari kepada masyarakat awam. Program yang di adakan di perkarangan masjid tersebut telah berjaya menarik perhatian seramai 350 orang masyarakat awam yang terdiri daripada tiga buah kampung iaitu Kampung Pemukat, kampung Noor Islam dan Kampung Dato Kuala Lawas.

Ahli Panel Undangan terdiri daripada Ustaz Pangiran Kamarudin Bin Pangiran Shamsudin, Pegawai Agama Islam Daerah Sipitang Sabah, Ustazah Noorhamizah Bte Hamadi yang berasal dari merapok Lawas serta bertugas sebagai pendidik dan moderator forum dikendalikan oleh Ustaz Sheikh Hadzrei Adam Bin Seberi, Pengetua Pusat Latihan Lawas, JAKIM Cawangan Sarawak. Majlis tersebut telah berjaya disempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Ladin Bin Atok, Pegawai Daerah Lawas.

1  3  2