WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
27 Ogos 2020, Khamis | Program Prihatin Komuniti JAKIM Sarawak Peringkat Bahagian Sibu singgah di Kanowit. Perjalanan daripada Bandar Sibu mengambil masa lebih kurang sejam untuk tiba di lokasi program.
 
Surau Darul Iman, Kanowit menjadi pilihan Program Prihatin JAKIM Sarawak diadakan. Ucapan aluan disampaikan oleh Tuan Haji Abu Bakar bin Janel selaku Ketua Kampung di Kanowit. Beliau memaklumkan bahawa sangat terharu dengan rombongan Prihatin Komuniti yang berbesar hati untuk mengadakan program ditempat beliau.
 
Majlis seterusnya disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Izwan bin Sharif, Penolong Pengarah JAKIM Sarawak.
 
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Permodalan Nasional Berhad, Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Zon Sibu, Urus Setia Saudara Kita Bahagian Sibu, Urus Setia Saudara Kita Cawangan Kanowit dan Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Iman, Kanowit.
 
Ucapan terima kasih buat seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan program ini. Semoga Allah SWT jua membalas jasa baik semua pihak yang menjayakannya.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK  Program Prihatin