WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
26 Ogos 2020, Rabu | Program Prihatin Komuniti JAKIM Sarawak singgah di Bahagian Sibu bersama para penerima-penerima terpilih.
 
Rumah Panjang Jalak di Tanjung Penasu, Sibu terpilih untuk diadakan program. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Tuan Jaafar Abdullah seterusnya ucapan Selamat Datang disampaikan oleh Tuai Rumah Panjang Jalak Ayahanda Jalak Anak Kusau. Tuai Rumah memaklumkan bahawa sangat terharu dengan rombongan Prihatin Komuniti yang berbesar hati untuk mengadakan program ditempat beliau.
 
Majlis kemuncak disempurnakan oleh YBrs. Al-Fadhil Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak. Amanat YBrs. Pengarah JAKIM Sarawak memberitahu walaupun perbezaan budaya, bangsa dan agama keharmonian yang dikecapi di Negeri Sarawak dirasai bersama oleh seluruh watan di Sarawak. Inilah kehebatan Negeri Sarawak.
 
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Permodalan Nasional Berhad, Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Zon Sibu, Urus Setia Saudara Kita Bahagian Sibu, HIKMAH Cawangan Sibu dan Jawatankuasa Pusat Komuniti Islam Tanjung Penasu Sibu.
 
Ucapan terima kasih buat seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan program ini.
 
Semoga Allah SWT jua membalas jasa baik semua pihak yang menjayakannya.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK  Program Prihatin