WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
9 September 2020 (Rabu) | Miri, Bahagian Agama dan Kaunseling Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Batalion 12 PGA Miri dengan kerjasama JAKIM Sarawak telah mengadakan Seminar Faraid Tahun 2020.
 
Objektif seminar dijayakan adalah bertujuan memberi kefahaman kepada warga PGA Miri berkaitan ilmu faraid yang merupakan ilmu pembahagian harta pusaka menurut syariat Islam. Seminar pada kali ini menampilkan Yang Arif Tuan Najaruddin bin Haji Nadri, Hakim Mahkamah Syariah Kuching selaku penceramah.
 
Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YDH Superitendan Tuan Mohd Sobri bin Zainol selaku Timbalan Ketua Polis Daerah Miri serta wakil daripada Batalion 12 PGA Miri. Majlis penangguhan telah disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Izwan bin Sharif, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Insan JAKIM Sarawak mewakili Pengarah JAKIM Sarawak.
 
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan program ini. Semoga Allah SWT jua membalas jasa baik semua pihak yang menjayakannya.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK Seminar Faraid