WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
13 September 2020 (Ahad) | Limbang, Program Prihatin Komuniti JAKIM Sarawak 2020 terus menjelajah ke Bahagian Limbang dan singgah di Kampung Ipai, Limbang.
Program mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung. Gotong royong menyediakan tempat untuk diadakan program pada awal pagi bersama pihak urus setia JAKIM Sarawak dan Pejabat Agama Islam Bahagian Limbang serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Limbang dengan penuh semangat kerjasama.
Kehadiran YBrs. Al-Fadhil Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak untuk menyempurnakan majlis melengkapkan siri jelajah Program Prihatin Komuniti JAKIM Sarawak 2020 siri ke-7.
 
JAKIM Sarawak merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada rakan strategik terutamanya tuan rumah JKK Kampung Ipai, Limbang serta seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam kerjasama padu yang telah diberikan bagi menjayakan program kali ini.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK Program Prihatin
36
45