WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
30 September 2020, Betong- JAKIM Sarawak dengan kerjasama Bahagian Agama Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Daerah Betong telah menganjurkan program "Seminar Pemantapan Akidah 2020" di Dewan Al-Husna, Masjid Jamek Betong. Pengisian Seminar ini mengandungi dua slot ceramah iaitu "Akidah Sunnah Wal Jamaah" dan "Ancaman Pemikiran Umat Islam Masa Kini." Jemputan penceramah yang dibawa adalah Ustaz Malek Bin Sebeli dan Ustaz Affandi Bin Ismail.
 
Majlis Penangguhan telah diserikan dengan kehadiran YDH DSP Zamry Bin Alli, Ketua Polis Daerah Betong sekaligus merasmikan majlis tersebut. Majlis juga telah dihadiri oleh Pegawai Kanan Polis, Wakil Pengarah JAKIM Sarawak serta Penghulu di bahagian Betong. Program telah berjalan dengan lancar dan sempurna.
 
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK Seminar Pemantapan Akidah