WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
WhatsApp Image 2025 01 28 at 06.48.50 bde9eb7d
Ceramah Perdana Sempena Majlis Sambutan Israk & Mikraj Peringkat Daerah Limbang Tahun 1446H/2025MCeramah Perdana Sempena Majlis Sambutan Israk & Mikraj Peringkat Daerah Limbang Tahun 1446H/2025M

26 Januari 2025 (Ahad) | Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang dengan kerjasama JAKIM Sarawak telah mengadakan Ceramah Perdana sempena Majlis Sambutan Israk & Mikraj Peringkat Daerah Limbang bertempat di Masjid Baitul Iman, Limbang.

Ceramah bertajuk Israk dan Mikraj: Sebuah Kembara Iman telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohammad Shahtella bin Montel, Penolong Pengarah JAKIM Sarawak.

Turut hadir memeriahkan majlis YBhg. Encik Sulaiman bin Engal, Pegawai Daerah Limbang, YBhg Ustaz Awang Abdul Rahim bin Awang Rosely, Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang, YBhg. Ayahanda Pemanca Tuan Haji Sahat bin Bagol, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Masyarakat dan Kaum dan jemaah sekitar daerah Limbang.

Tujuan sambutan Israk dan Mikraj adalah untuk mengingatkan umat Islam tentang keagungan dan kebesaran Allah SWT serta menghargai peristiwa penting yang membawa pengajaran besar bagi umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sahaja merupakan mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, tetapi juga mengandungi banyak pengajaran yang perlu diterapkan dalam kehidupan umat Islam.
WhatsApp Image 2025 01 28 at 06.48.03 4e7b95f5WhatsApp Image 2025 01 28 at 06.48.50 dc7dc01cWhatsApp Image 2025 01 28 at 06.48.51 cb67c0cf