WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
WhatsApp Image 2025 01 28 at 18.52.44 b1689346
27 Januari 2025 (Isnin) | Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Iman dengan kerjasama JAKIM Sarawak telah mengadakan Ceramah Perdana sempena Majlis Sambutan Israk & Mikraj bertempat di Masjid Darul Iman,Kampung Sebat Melayu, Lundu.

Ceramah bertajuk Israk dan Mikraj: Senario Sepertiga Malam di Bulan Rejab telah disampaikan oleh YBrs. Ustaz Mohd. Fadilah bin Junaidi, Penolong Pengarah (PTS), JAKIM Sarawak.Turut hadir memeriahkan majlis ayahanda Wahid bin Haji Jar'ee,Ketua Kaum dan jemaah sekitar daerah Limbang.

Tujuan sambutan Israk dan Mikraj adalah untuk mengingatkan umat Islam tentang keagungan dan kebesaran Allah SWT serta menghargai peristiwa penting yang membawa pengajaran besar bagi umat Islam selain mengimarahkan masjid dibulan yang mulia. Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sahaja merupakan mukjizat yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW, tetapi juga mengandungi banyak pengajaran yang perlu diterapkan dalam kehidupan umat Islam.
WhatsApp Image 2025 01 28 at 18.52.44 9362a455WhatsApp Image 2025 01 28 at 18.52.45 5431cf72WhatsApp Image 2025 01 28 at 18.52.45 d3c12e78