PROGRAM KONGSI ILMU (CERAMAH ISRAK MIKRAJ) BERSAMA KARIAH DI LUBOK ANTU TAHUN 2025M/1446H
Jumaat, 1 Syaaban 1446H bersamaan 31 Januari 2025M. Bersempena dengan bulan Rejab 1446 Hijri, JAKIM Sarawak menerusi “Program Kongsi Imu Bersama Kariah Di Bahagian Sri Aman” telah mengadakan Ceramah Israk Mikraj bertempat di Surau Ibadurrahman, Kampung Merindun Lubok Antu.
Ceramah Israk Mikraj anjuran bersama dengan Jawatankuasa Pengurusan Surau Ibadurrahman ini telah disampaikan oleh Ustaz Zulkiffle bin Hj Abas dari Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman. Program pada malam ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat dan turut diserikan juga dengan kehadiran Ust Mohd Firdaus bin Ahmat (Wakil Pengarah JAKIM Sarawak), Encik Muhammad Syawal bin Lenggi (Wakil Pengerusi Urus Setia Saudara Kita Cawangan Merindun) dan Puan Tantiana Len Abdullah (Pengerusi Urus Setia Saudara Kita Bahagian Sri Aman).
Semoga dengan penganjuran program ceramah sebegini dapat menjadi wasilah untuk ahli kariah terus mengimarahkan rumah Allah dan mudah-mudahan perkongsian ilmu melalui ceramah yang disampaikan memberikan kebaikan dan manfaat kepada semua jemaah yang hadir. Pihak JAKIM Sarawak turut ingin merakamkan seribu penghargaan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.