WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
WhatsApp Image 2025 02 02 at 22.20.20 7506cffc
PROGRAM KONGSI ILMU (CERAMAH ISRAK MIKRAJ) BERSAMA KARIAH TAHUN 2025M/1446H

Sabtu, 2 Syaaban 1446H bersamaan 1 Februari 2025M. JAKIM Sarawak terus komited untuk meneruskan “ Program Kongsi Ilmu Bersama Kariah di Bahagian Sri Aman”  dengan kali ini telah menjalinkan kerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Surau Nur Hidayah (SPAD Melugu Estate).

Program yang julung kali diadakan di Surau Nur Hidayah ini  telah disemarakkan dengan pengisian Ceramah Israk Mikraj yang telah disampaikan oleh Ustaz Zulkiffle bin Hj Abas dari Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ust Hamdan bin Jar'ee (Pengarah JAKIM Sarawak),  Ayahanda Salleh bin Abdullah (Pengerusi Surau Nur Hidayah, SPAD Melugu Estate), Puan Arini binti Sharkawi (Pengerusi Urus Setia Saudara Kita Cawangan Melugu)dan Puan Tantiana Len Abdullah (Pengerusi Urus Setia Saudara Kita Bahagian Sri Aman). 

Semoga dengan penganjuran program ceramah di kawasan Melugu ini dapat terus menarik minat ahli kariah untuk dekat dengan rumah Allah dan mudah-mudahan perkongsian ilmu melalui ceramah yang disampaikan memberikan kebaikan dan manfaat kepada semua jemaah yang hadir. Pihak JAKIM Sarawak turut merakamkan  seribu penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
WhatsApp Image 2025 02 02 at 22.20.19 0dcb8305WhatsApp Image 2025 02 02 at 22.20.21 f4ff814a