WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
WhatsApp Image 2025 02 02 at 22.21.39 e5197c2d
PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN (KHEMAH IBADAH) DAERAH LUBOK ANTU TAHUN 2025M/1446H

Sabtu, 2 Syaaban 1446H bersamaan 1 Februari 2025M - JAKIM Sarawak dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman dan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Nurul Huda, Kampung Melayu Lubok Antu telah mengadakan Program Tafaqquh Fiddin (Khemah Ibadah) 2025M/1446H  bertempat di Masjid Nurul Huda, Kampung Melayu, Lubok Antu.

Penganjuran Kursus Tafaqquh Fiddin yang berlangsung selama 1 hari ini telah disampaikan oleh 2 orang penceramah dari Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman iaitu Al-Fadhil Ustaz Zulkiffle bin Hj Abas dan Ustaz Shaiful Ishraf bin Sudirman serta turut dibantu oleh urus setia daripada JAKIM Sarawak. Antara objektif penganjuran kursus ini ialah bagi meningkatkan lagi kefahaman Islam dari sudut pemantapan akidah yang berteraskan pegangan ASWJ  di samping mengadakan tahsin dalam aspek ibadah melalui penerangan dan sesi soal jawab.

Program yang melibatkan peserta yang terdiri dari golongan belia, kaum ibu dan bapa serta Saudara Kita di Daerah Lubok Antu ini telah berjalan dengan lancar dan telah diakhiri dengan Majlis Penangguhan Kursus oleh Ustaz Mohd. Firdaus bin Ahmat bagi mewakili YBrs. Pengarah JAKIM Sarawak. Turut hadir menyerikan juga majlis ialah Ayahanda Nahar bin Semain (Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Orang Islam, Lubok Antu), Puan Samsiah binti Piee (Wakil Pengerusi Masjid Nurul Huda) dan Encik Muhammad Ridhuan bin Abdullah (Pengerusi Urus Setia Saudara Kita Cawangan Lubok Antu).

Pihak JAKIM Sarawak turut ingin merakamkan sejuta penghargaan serta ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
WhatsApp Image 2025 02 02 at 22.21.40 fadcf6deWhatsApp Image 2025 02 02 at 22.21.41 1e3c50abWhatsApp Image 2025 02 02 at 22.21.41 d20b7765