4 Februari 2025 (Selasa), YBrs. Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada Penjara Puncak Borneo Kuching.
Delegasi kunjungan diketuai oleh PKP Shahrin Nizam bin Ahmad, Pengarah Penjara Puncak Borneo Kuching dan ahli rombongan seramai tujuh (7) orang.
Objektif utama kunjungan ini adalah bertujuan meningkatkan kerjasama strategik antara Penjara Puncak Borneo Kuching dan JAKIM Sarawak khususnya dalam perancangan dan pelaksanaan program-program pada masa akan datang.
Aktiviti semasa kunjungan hormat adalah taklimat mengenai peranan dan fungsi JAKIM Sarawak dalam pembangunan masyarakat awam. Seterusnya, perbincangan kerjasama oleh kedua pihak termasuklah penambahbaikan program kerohanian sedia ada di penjara. Turut diadakan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata oleh kedua pihak sebagai tanda kenang-kenangan.
Kunjungan ini telah berjaya mewujudkan pemahaman yang lebih baik antara kedua-dua pihak dan membuka ruang untuk kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan khususnya merangka program yang lebih efektif bagi memenuhi keperluan kerohanian warga penjara.