WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
WhatsApp Image 2025 02 05 at 06.42.58 884a2c7d
BENGKEL BERZANJI DAN MARHABAN 1446H/2025M

SABTU-01 Febuari 2025, Bengkel Berzanji Dan Marhaban 2025 anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) telah berlangsung pada 1 Februari 2025 bertempat di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Seramai 58 peserta telah menyertai bengkel yang turut mendapat perkongsian daripada Imam Besar Sarawak Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Mustapaha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi.Selain itu, para peserta juga berpeluang mendengar taklimat daripada Tuan Haji Morshidi bin Udin & Tuan Haji Boestamam bin Majid.  Manakala pada sebelah petang, berlangsung majlis penangguhan, yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS iaitu Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai.Turut hadir bersama Ybrs. Ustaz Mohd. Fadilah bin Junaidi,mewakili Pengarah JAKIM Sarawak bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan.Semoga program sebegini mampu diteruskan dan diperluaskan lagi kepada seluruh masyarakat di Sarawak.
WhatsApp Image 2025 02 05 at 06.42.56 3ccb485aWhatsApp Image 2025 02 05 at 06.42.57 9ddcb51d