5 Februari 2025 (Rabu), Pengarah JAKIM Sarawak, YBrs. Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai pada hari ini 5 Februari 2025 (Rabu) bertempat di Ibu Pejabat JAKIM Sarawak.
Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk mengadakan kerjasama strategik bagi menjayakan Bengkel Serta Pertandingan Berzanji dan Marhaban Festival Maal Hijrah 1447H/ 2025M.
Tentatif kunjungan bermula dengan sesi menandatangani buku pelawat oleh Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, YBhg. Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai. Seterusnya ucapan aluan dan taklimat korporat oleh Pengarah JAKIM Sarawak.

Turut diadakan sesi perbincangan dua hala oleh kedua pihak khususnya bagi menjayakan program yang akan diadakan pada masa akan datang.
Cenderamata disampaikan oleh kedua-dua pihak sebagai simbolik hubungan kerjasama yang erat. Sesi bergambar diadakan di hadapan pejabat JAKIM Sarawak.
Akhir sekali, diharapkan hubungan kerjasama antara LAKMNS dan JAKIM Sarawak akan terus diperkukuhkan demi kemajuan dan kebajikan masyarakat Islam di Sarawak.