WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
WhatsApp Image 2025 02 05 at 16.12.21 4a753b0c
PROGRAM ZIARAH KASIH MADANI BAHAGIAN KUCHING TAHUN 2025

JAKIM Sarawak terus proaktif dengan program-program pengimarahan institusi masjid dan surau. JAKIM Sarawak dengan kerjasama strategik Jawatankuasa Pengurusan Surau Baitul Quddus, Kampung Pueh Sematan telah mengadakan Program Ziarah Kasih Madani Bahagian Kuching Tahun 2025 pada 4 Februari 2025 (Selasa).

Destinasi kali ini bertempat di Surau Baitul Quddus, Kpg. Pueh Sematan yang juga merupakan surau angkat JAKIM Sarawak. Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyantuni dan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara kariah Surau Baitul Quddus, Kpg. Pueh, komuniti setempat dan pihak penganjur.

Program Ziarah Kasih Madani telah menampilkan YBrs. Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak sebagai penceramah jemputan khas kali ini. Turut diadakan sesi penyerahan bakul sumbangan kepada penerima terpilih.

Turut hadir bersama En. Muhammmad Aniszan Mahadi bin Abdullah, Pengerusi Surau Baitul Quddus, Kpg. Pueh dan Haji Abdul Halim bin Sahak, Penyelia Daie Hikmah Zon Lundu dan Sematan.

Akhir sekali, diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk membina masyarakat yang lebih mantap dari segi rohani dan sosial. Insya-Allah.
WhatsApp Image 2025 02 05 at 16.09.19 7577cb54WhatsApp Image 2025 02 05 at 16.09.20 430c1569WhatsApp Image 2025 02 05 at 16.11.18 078f4e76