WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
WhatsApp Image 2025 02 08 at 23.13.16 0185a03c
Ceramah Perdana Sempena Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak Tahun 2025

08 Februari 2025 (Sabtu) |  JAKIM Sarawak dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak & Jawatankuasa Pengurusan Masjid Besar Darul Makmur Lawas telah mengadakan Ceramah Perdana sempena Sempena Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak Tahun 2025 bertempat di Masjid Besar Darul Makmur Lawas.

Ceramah bertajuk Membina Keluarga Sakinah, Mawaddah dan Rahmah telah disampaikan oleh YBhg. Dr. Sarip bin Adul, Pengarah Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah. Antara intipati ceramah yang disampaikan itu tadi ialah asas-asas yang diperlukan untuk membina sebuah keluarga sakinah mawaddah dan rahmah. 

Hadir memeriahkan majlis YBhg. Yang Amat Arif Datu Haji Awang Suhaili bin Ledi, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, YBrs. Ustaz Hamdan bin Jar'ee serta Ayahnda Haji Awang Ibrahim bin Ahmat, Timbalan Pengerusi Masjid Besar Darul Makmur Lawas.
WhatsApp Image 2025 02 08 at 23.13.35 4edae11eWhatsApp Image 2025 02 08 at 23.13.35 23b6ee29WhatsApp Image 2025 02 08 at 23.13.36 2438f1d5WhatsApp Image 2025 02 08 at 23.13.36 bec24445