JUH BERAMBEH SURAU MALAYSIA MADANI DAERAH LAWAS TAHUN 2025
JAKIM Sarawak terus proaktif dengan program-program pengimarahan institusi masjid dan surau. JAKIM Sarawak dengan kerjasama strategik Jawatankuasa Pengurusan Surau Al-Muiz Kampung Serdang Lawas telah mengadakan Juh Berambeh Surau Malaysia Madani Daerah Lawas Tahun 2025 pada 9 Februari 2025 (Ahad).
Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyantuni dan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara kariah Surau Al-Muiz Kampung Serdang Lawas, komuniti setempat dan pihak penganjur.
Program kali ini telah menampilkan YBrs. Ustaz Mohd Fadillah bin Junaidi, Penyelaras Takmir Sarawak sebagai penceramah jemputan khas kali ini.
Akhir sekali, diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk membina masyarakat yang lebih mantap dari segi rohani dan sosial. Insya-Allah.