Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak 2025
LAWAS, 9 Feb 2025 : Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam Sarawak 2025 bertempat di Hotel Sri Malaysia, Lawas.
Program itu merupakan anjuran bersama Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Sarawak dan Pejabat Residen Bahagian Limbang.
Seramai 300 peserta yang menyertai seminar yang diadakan selama dua hari yang terdiri daripada agensi Kerajaan Sarawak dan Persekutuan, Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Berucap pada majlis itu YAB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan berkata, pengetahuan dan kefahaman tentang Undang-Undang Keluarga Islam, pengurusan harta dan halal penting dalam kehidupan.
“Dalam konteks undang-undang keluarga Islam telah memberikan panduan jelas tanggungjawab setiap individu melindungi pihak yang lemah, menyelesaikan konflik dengan bijaksana serta pelaksanaan undang-undang yang adil dan saksama seperti yang dianjurkan dalam Islam.
“Undang-undang bukan sahaja berfungsi untuk menegakkan keadilan ,tetapi juga sebagai panduan ke arah masyarakat yang harmoni,” ujarnya.
Menurut beliau lagi, konsep halal turut memainkan peranan penting dalam kehidupan bukan sahaja dalam aspek makanan, tetapi meliputi semua aspek dalam kehidupan seperti muamalat dan perkahwinan bagi melahirkan generasi yang berakhlak mulia.
Terdahulu Ketua Hakim Syarie Sarawak Yang Amat Arif Datu Awang Suhaili Ledi menjelaskan, seminar ini bertujuan untuk memberikan pendedahan yang lebih mendalam kepada masyarakat mengenai undang-undang keluarga Islam khususnya dalam konteks perkahwinan, penceraian, hak penjagaan anak dan konsep halal dalam Islam serta tanggungjawab dalam institusi kekeluargaan agar dapat memastikan keadilan dan kesejahteraan umat Islam di Sarawak sentiasa terpelihara.
Turut hadir dalam majlis ini isteri Timbalan Premier Sarawak YBhg. Dato Dayang Morliah Awang Daud, Ahli Parlimen P.222 Lawas YB Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang YBrs. Tuan Haji Unus bin Tambi, Pengarah JAKIM Sarawak YBrs. Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pegawai Daerah Lawas YBrs. Encik Ladin Atok, Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua Masyarkat dan Ketua Kaum Daerah Lawas.