WAKTU SOLAT KUCHING, BAU, LUNDU, SEMATAN ( IMSAK: | SUBUH: | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK : )

Bahasa :

A- A A+
WhatsApp Image 2025 02 11 at 09.05.40 1f05283c
PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN (KAEDAH SEMBELIHAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM) DAERAH LUNDU TAHUN 2025M/1446H

Sabtu, 9 Syaaban 1446H bersamaan 8 Februari 2025M - JAKIM Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Surau Al-Hidayah, Kampung Biawak, Lundu telah mengadakan Program Tafaqquh Fiddin (Kaedah Sembelihan Mengikut Syariat Islam) Tahun 2025M/1446H  bertempat di Surau Al-Hidayah, Kampung Biawak, Lundu.

Pelaksanaan Kursus Tafaqquh Fiddin yang berlangsung selama 1 hari ini telah menampilkan penceramah dari Jabatan Agama Islam Sarawak iaitu  Al-Fadhil Ust Mohd Amir Ridhwan bin Abdullah serta turut dibantu oleh urus setia daripada JAKIM Sarawak. Antara objektif penganjuran kursus ini ialah bagi memantapkan lagi kefahaman dan kemahiran dalam melaksanakan ibadah sembelihan mengikut syariat Islam. Dalam kursus ini juga, para peserta turut diberi kesempatan serta peluang untuk mempraktikkan cara penyembelihan dengan betul dan sempurna melalui sesi praktikal menyembelih ayam.

Program yang melibatkan peserta yang terdiri dari golongan belia, kaum ibu dan bapa serta Saudara Kita di Kampung Biawak ini telah berjalan dengan lancar dan telah diakhiri dengan Majlis Penangguhan Kursus oleh Ustaz Muhammad bin Abdullah bagi mewakili YBrs. Pengarah JAKIM Sarawak. Turut hadir menyerikan juga majlis ialah Ayahanda Abdul Rahim Abdullah (Pengerusi Surau Al-Hidayah), Ayahanda Hj Zahari bin Abdullah (Urus Setia Saudara Kita Bahagian Lundu) dan Ust Ramadhan bin Suandy (Daie Hikmah).

Pihak JAKIM Sarawak ingin merakamkan sejuta penghargaan serta ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga program yang diadakan ini bermanfaat dalam pembangunan Ummah. InsyaAllah
WhatsApp Image 2025 02 11 at 09.05.40 47b3de85WhatsApp Image 2025 02 11 at 09.05.41 7d3e09cfWhatsApp Image 2025 02 11 at 09.05.41 348bfad9