PROGRAM KONGSI ILMU (AMBANG RAMADHAN) BERSAMA KARIAH DI LUNDU TAHUN 2025M/1446H
Jumaat, 8 Syaaban 1446H bersamaan 7 Februari 2025M. Bersempena dengan bulan Syaaban 1446H, JAKIM Sarawak menerusi “Program Kongsi Imu Bersama Kariah Di Bahagian Lundu” telah mengadakan Ceramah Ambang Ramadhan bertempat di Musolla Fathul Islam, Kampung Pasir Hulu, Lundu.
Ceramah Ambang Ramadhan anjuran bersama ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad bin Abdullah (Penolong Pengarah JAKIM Sarawak). Program pada malam ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat dan turut diserikan juga dengan kehadiran YBrs Ustaz Hamdan bin Jar'ee, Pengarah JAKIM Sarawak, Ayahanda Hj Zahari bin Abdullah (Pengerusi Musolla Fathul Islam) dan Ustaz Ramadhan bin Suandy (Daie Hikmah).
Semoga dengan penganjuran program ceramah sebegini dapat menjadi wasilah untuk ahli kariah terus mengimarahkan rumah Allah dan mudah-mudahan perkongsian ilmu melalui ceramah yang disampaikan memberikan kebaikan dan manfaat kepada semua jemaah yang hadir. Pihak JAKIM Sarawak turut ingin merakamkan seribu penghargaan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.