Berlangsungnya Program Kamek Sayang Kitak di JAKIM Sarawak pada 11 Ogos 2020 (Selasa) bersempena Kempen Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan COVID-19. Program pada kali menarik perhatian umum kerana Slot ceramah disampaikan oleh Pegawai Polis DiRaja Malaysia daripada Ibu Pejabat Polis Kontigen Sarawak.
Kehadiran YBrs. Pengarah JAKIM Sarawak serta Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) turut menyerikan lagi program pada kali ini.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua dan merancakkan lagi kempen pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti yang dilancarkan oleh kerajaan.
JOM LAYARI FACEBOOK RASMI JAKIM SARAWAK : Kamek Sayang Kitak