22 Ogos 2020, Sabtu | Sarikei, Sarawak - JAKIM Sarawak dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian Sarikei serta Urus Setia Saudara Kita meneruskan misi menyampaikan sumbangan di Julau, Sarikei.
Kelainan sempena Tahun Baharu Hijrah 1442 rombongan Prihatin Komuniti telah menziarahi ke rumah-rumah saudara kita yang tidak dapat bersama dalam Majlis Penyampaian Sumbangan yang telah diadakan di Masjid Darul Hidayah, Julau.
Semoga sumbangan keperluan asas yang disampaikan dapat memberi sinar buat penerima-penerima yang terpilih.
Penghargaan terima kasih kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang telah menyumbang peruntukkan untuk menyediakan sumbangan bagi program pada kali ini.
Sekalung penghargaan terima kasih buat seluruh pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan program ini.
JOM LAYARI FACEBOOK JAKIM SARAWAK Program Prihatin